Ramai yang bertanya bagaimana nak kurus dengan cepat. Ada ke produk yang betul-betul boleh buat kita kurus?
Ya sebenarnya memang ada, tapi biasanya ia memerlukan penggunaan secara berterusan. Jika berhenti memakan produk itu, berat akan naik kembali. Itu yang biasa terjadi
Bagaimanakah cara penyelesaiannya?
Bersenam, bersukan atau aktiviti yang mengeluarkan peluh secara semulajadi. Itu adalah cara terbaik yang diakui berkesan untuk kuruskan badan
Namun, ia memerlukan 3 perkara sebelum anda bermula
1. letakkan berapa berat badan impian
-jika kita sudah ada target (yang boleh dicapai) kita pasti lebih bermotivasi untuk mencapainya
2. konsisten(berterusan)
-Nak kurus cara bersenam sangat mencabar kerana hasilnya nampak agak lambat, jadi pasti ramai yang akan putus asa awal
3. Sentiasa bermotivasi
-Sentiasalah bayangkan diri anda dalam keadaan sudah kurus
Yang paling penting sekali adalah keinginan. Jika keinginan nak kurus tu sangat kuat , pasti kita berusaha tanpa putus asa